Sekitar 17,000 karyawan, pengurus dan eksekutif (PME) – termasuk teknisyen berkemahiran – berjaya mendapat pekerjaan dengan bantuan Institut Pekerjaan dan Daya Kerja (e2i) Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) pada 2024, bertambah hampir seganda daripada 8,800 pada 2023.
Berkongsi perangkaan itu dalam sidang media pada 13 Februari, Setiausaha Agung NTUC, Encik Ng Chee Meng, berkata peratusan pencari kerja PME yang mendekati...





