Menulis buku kanak-kanak tentang pengalaman dan peristiwa sebenar yang dilalui bekas jaguh squash, Zainal Abidin Abdul Malik, bukan perkara mudah walaupun bagi penulis berpengalaman lebih sedekad, Rilla Melati Bahri.
Bukan sahaja jalan cerita perlu berdasarkan kejadian dan watak sebenar serta tepat dari segi fakta, buku berjudul ‘Juara’ itu juga perlu ditulis dalam gaya yang mudah untuk dibaca dan fahami pembaca...





