Permintaan untuk khidmat ‘mangkuk tingkat’ atau penghantaran makanan ke rumah untuk dijadikan juadah berbuka atau sahur semasa Ramadan melonjak dan dijangka terus meningkat. Dengan persaingan untuk menarik pelanggan bertambah pada tempoh ini, Berita Harian (BH) bertemu beberapa penyedia khidmat ‘mangkuk tingkat’, termasuk restoran dan perniagaan dari rumah (HBB) untuk mengetahui bagaimana mereka berinovasi dan menyesuaikan perkhidmatan untuk memastikan mereka terus...





