NEW ORLEANS (Amerika Syarikat): Pasukan Philadelphia Eagles masih meraikan kemenangan pada Liga Bola Sepak Nasional (NFL), Super Bowl 2025, ketika ‘orang kuatnya’, Jordan Mailata, kelihatan menuju ke bilik media yang terletak jauh di dalam Stadium Caesars Superdome.
Sedang atlet bersusuk besar itu melabuhkan punggungnya di atas kerusi, salah seorang rakan senegaranya dari Australia membalut bahu Mailata, 27 tahun, dengan bendera...





