Di lelaman maya ini jejariku melungsur mencari dengan harapan di hati agar dapat ditemui isi wadah ilmu bestari.
Namun yang didapati saban hari hanyalah warkah sendu rindu diulang berkali-kali dengan iringan perasaan sendu pilu. Kehampaanlah aku justeru tahap fikir kita masih di takuk itu Kita terlalu seronok dalam alunan lagu dengan buaian puisi-puisi rindu.





