PUTRAJAYA: Banjir buruk di Sabah dan Sarawak, yang menjejas lebih 17,000 mangsa sejak 29 Januari, mencetuskan lebih 800 kes kesihatan yang dikesan melalui pemeriksaan terhadap lebih 9,000 mangsa di pusat pemindahan sementara (PPS).
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkata 671 kes jangkitan saluran pernafasan akut; 82 kes jangkitan kulit; 37 kes gastroenteritis akut (radang usus); 17 kes konjunktivitis (jangkitan mata); serta...





