MANILA: Ribuan rakyat Filipina turun ke jalan raya di Manila oada 31 Januari, menuntut supaya Naib Presiden Sara Duterte dipecat melalui proses pemecatan.
Cik Sara kini berdepan tiga aduan pemecatan yang mendakwa salah laku serta penyalahgunaan dana pemerintah bernilai jutaan dolar. Sehingga kini Kongres masih belum membincangkan kes tersebut walaupun hanya tinggal beberapa hari sebelum ia ditangguhkan menjelang pilihan raya...





