KUALA LUMPUR: Kira-kira 50 selebriti Malaysia termasuk penyanyi terkenal bergelar Datuk berada dalam senarai ‘artis kaya’ masih kekal berstatus bankrap atau muflis.
Perkara itu didedahkan Jabatan Insolvensi Malaysia (MDI) yang menjelaskan ada di antara artis terbabit memaparkan kehidupan mewah di media sosial, tetapi gagal melakukan pembayaran bulanan ditetapkan berdasarkan kemampuan walaupun jumlah dikenakan adalah kecil.





