Seorang individu dibawa ke hospital dan sekitar 60 penduduk di sebuah blok Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) di Punggol diarah meninggalkan flat masing-masing dek satu kebakaran pada awal pagi 26 Januari.
Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata dalam satu catatan Facebook bahawa anggota bomba dari balai bomba Punggol, Sengkang dan Tampines dikejarkan ke tempat kejadian – di Blok 224A Sumang...





