JAKARTA: Pemerintah Indonesia berikrar untuk bangunkan bandar Nusantara di Kalimantan Timur sebagai “ibu kota politik” negara sepenuhnya menjelang 2028, setahun sebelum tamatnya jawatan Presiden Prabowo Subianto.
Projek bernilai 466 trilion rupiah ($38.6 bilion) untuk membina bandar itu dalam tempoh beberapa dekad telah dimulakan oleh mantan presiden, Encik Joko ‘Jokowi’ Widodo, yang secara diam-diam menyokong Encik Prabowo dalam kempen pilihan rayanya...





