Setelah mencatat kejayaan menggalakkan dengan kehadiran 70,000 pengunjung pada 2023 dan 100,000 pengunjung pada tahun 2024, Singapore Muslim Festival (SMF), atau Festival Muslim Singapura, kembali lagi pada tahun 2025 ini. Pihak penganjur menjanjikan pengunjung bakal menikmati pengalaman yang lebih gah dan menarik.
Seiring perkembangan teknologi masa kini, edisi 2025 menjanjikan pengalaman yang lebih menyeluruh dengan ciri-ciri teknologi yang dipertingkatkan, membolehkan...





