LONDON: Prestasi cemerlang di separuh masa kedua membantu Chelsea menewaskan Wolves untuk menamatkan lima perlawanan tanpa kemenangan dalam Liga Perdana England (EPL) dan melonjak ke kedudukan empat teratas.
Setelah jaringan pembukaan pemain pertahanan Chelsea, Tosin Adarabioyo disamakan oleh pemain Wolves, Matt Doherty, dua gol dalam tempoh lima minit di separuh masa kedua menerusi Marc Cucurella dan Noni Madueke memastikan kemenangan...





