KUANTAN (Pahang): Jabatan Perikanan Pahang menasihati orang ramai supaya menjauhi kawasan pantai di Rompin, Pekan dan Kuantan, dekat Pahang, bukan saja kerana bahaya ombak besar dan arus kuat berikutan musim monsun, bahkan penemuan obor-obor beracun yang boleh menyebabkan kematian.
Pengarah Jabatan Perikanan Pahang, Encik Abdullah Jaafar, berkata pihaknya mengesahkan obor-obor beracun daripada spesis Portuguese Man o’ War atau nama saintifiknya...





