Dari seorang budak kampung di Geylang yang menuntut di Sekolah Menengah Siglap, Datuk Dr Johari Salleh, kini bergelar maestro muzik terbilang di Nusantara dengan kelulusan institusi pengajian muzik gemilang, Maktab Muzik Berklee di Boston, Amerika Syarikat.
Johari yang akan mencecah usia 85 tahun pada 9 Februari 2025 ini bahkan adalah anak Melayu kelahiran Singapura pertama yang menjejakkan kaki di maktab...





