Hubungan akrab Singapura dengan Arab Saudi telah membawa kepada kerjasama yang teguh dalam pelbagai bidang, kata Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, sambil menggesa peniaga negara ini menggunakan Saudi sebagai gerbang masuk ke Timur Tengah.
Bahkan, hubungan dua hala antara kedua-dua negara itu dijangka diperkukuh lagi dengan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MOU) mengenai Majlis Perkongsian Strategik...





