JAKARTA: Pemerintah Indonesia akan memulakan program pemeriksaan kesihatan percuma pada Februari 2025, sebagai sebahagian daripada inisiatif untuk meningkatkan tahap kesihatan rakyat.
Program ini yang diumumkan oleh Menteri Koordinator Pembangunan Manusia dan Kebudayaan, Encik Pratikno, merupakan komitmen pemerintah untuk memastikan rakyat memiliki akses kesihatan yang lebih baik.





