Kerja-kerja prasarana bagi 10 Laluan Mesra baru di Bedok, Buangkok, Bukit Panjang, Choa Chu Kang, Holland/Buona Vista, Jurong East, Pek Kio, Punggol, Sembawang dan Tiong Bahru/Havelock akan dimulakan secara berperingkat mulai separuh pertama 2025 dan dijangka siap menjelang 2026.
Diumumkan Menteri Negara Kanan (Kemampanan dan Sekitaran merangkap Pengangkutan), Dr Amy Khor, di pusat beli-belah One Holland Village pada 14 Januari,...





