Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, telah menandatangani perjanjian haji bagi musim haji 2025 buat jemaah Singapura bersama Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr Tawfiq Al-Rabiah, semasa di Jeddah.
Semasa pertemuan itu, Encik Masagos, yang juga Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, turut memohon agar Singapura diberi kuota haji tambahan, melebihi kuota rasmi 900 anggota...





