KUALA LUMPUR: Kadar pengangguran di Malaysia merekodkan penurunan 3.2 peratus manakala bilangan tenaga pekerja meningkat 0.1 peratus, menurut data perangkaan terkini dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) pada November lalu.
Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, dalam kenyataan pada 10 Januari berkata prestasi ekonomi negara yang kukuh menjelang penghujung 2024, membolehkan pasaran pekerja negara mengekalkan pertumbuhan yang...





