DUBAI: Amiriah Arab Bersatu (UAE) telah menyenaraikan 11 individu dan lapan entiti yang berpangkalan di United Kingdom (UK) ke dalam senarai pengganas tempatan atas tuduhan mempunyai kaitan dengan organisasi Ikhwanul Muslimin, yang ditetapkan UAE sebagai organisasi pengganas.
Resolusi tersebut meluluskan penyertaan 19 individu dan entiti dalam senarai individu serta organisasi yang menyokong kegiatan pengganasan, mengikut undang-undang dan peraturan yang berkuat...





