GAZA: Kenyataan Presiden Amerika Syarikat yang bakal dilantik, Encik Donald Trump, bahawa “neraka menanti” di Timur Tengah jika tebusan yang ditahan dalam serangan yang diketuai Hamas tidak dibebaskan menjelang 20 Januari, telah menimbulkan kebimbangan besar dalam kalangan penduduk Gaza.
Di kawasan Mawasi, Khan Younis, Encik Mohammed Ali, seorang bapa kepada dua anak, mengikuti perkembangan berita dengan penuh resah melalui telefon...





