Rang Undang-Undang Perlindungan dan Keselamatan Makanan (FSSB) yang akan menjadi perundangan utama yang menyediakan rangka kerja kawal selia meliputi sektor makanan di Singapura, telah diluluskan di Parlimen pada 8 Januari.
Memperluas skop semasa daripada sekadar jualan, rang undang-undang itu kini merangkumi pengedaran makanan dalam semua bentuk, sama ada melalui penjualan, pergerakan barangan makanan atau diberikan secara percuma, kata Menteri Kemampanan...





