Siapa sangka lagu klasik, Nuri Terbang Malam, yang dirakam pada 1903, menarik perhatian penggubah lagu dan penyanyi kelahiran Singapura, Datuk Dr M. Nasir, sehingga beliau terpanggil memberi nafas baru kepadanya.
Melalui projek gubahan baru untuk lagu Melayu pertama yang pernah dirakam di Singapura dalam bentuk piring hitam oleh sebuah label yang berpangkalan di United Kingdom (UK), iaitu Gramophone Company, pada...





