KUALA LUMPUR: Malaysia boleh mengambil contoh pelaksanaan penahanan dalam rumah seperti dikuatkuasakan negara jiran, Singapura, selain New Zealand dan Australia, menerusi Akta Tahanan Rumah yang dijangka dibentangkan di Parlimen pada 2026.
Ketua Kluster Politik, Governans dan Perundangan Majlis Profesor Negara (MPN), Profesor Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood, berkata penahanan dalam rumah boleh dilaksanakan jika ia membabitkan kesalahan ringan dengan...





