Perintah sekatan (RO) ke atas bank untuk menyekat transaksi perbankan seseorang individu hanya akan dikeluarkan, jika perlu, untuk melindungi mangsa.
Jika masih terdapat pilihan lain untuk melindungi mangsa, polis akan terlebih dahulu meneroka pilihan tersebut, jelas Menteri Negara (Pembangunan Sosial dan Keluarga), Cik Sun Xueling, di Parlimen pada 7 Januari apabila Rang Undang-Undang Perlindungan dari Penipuan diluluskan.





