Rang Undang-undang baru yang bertujuan menyatukan dan mengukuhkan kuasa pemerintah mengekalkan keharmonian kaum di Singapura telah diperkenalkan di Parlimen pada 7 Januari.
Di bawah Rang Undang-undang Pengekalan Keharmonian Kaum, persatuan puak dan perniagaan yang dikaitkan dengan kaum Cina, Melayu dan India akan ditetapkan sebagai “entiti berasaskan kaum” dan tertakluk kepada langkah untuk mengekang pengaruh asing, kata Kementerian Ehwal Dalam Negeri...





