KUALA LUMPUR: Polis Selangor sudah merakamkan keterangan penganjur Konsert PinkFish berhubung kematian empat pengunjung dan kecederaan yang dialami tiga pengunjung lain pada ambang tahun baru 31 Disember 2024.
Setakat ini seramai 43 individu sudah dirakam kenyataan bagi membantu siasatan berhubung kematian yang disyaki akibat pengambilan dadah jenis pil Ecstasy ketika konsert berlangsung.





