Dari minggu ke minggu, ramai yang nampak usaha penyanyi dan mantan wartawan penyiar serta pembaca berita Radio Televisyen Malaysia (RTM), Zehra Zambri, menguasai pentas Gegar Vaganza 11 (GV11) dengan kreativiti persembahan.
Zehra, 37 tahun, sekali lagi tampil bertenaga dan bersahaja menyahut cabaran mendendangkan lagu lucu Tan Sri P. Ramlee, Hai Obat dan Sua Sue Kemuning, pada konsert minggu ketujuh GV11...





