PUTRAJAYA: Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) akan menubuhkan satu pasukan petugas khas dipengerusikan Ketua Setiausaha (KSU) bagi menangani isu membabitkan kenderaan berat secara menyeluruh.
Menteri Pengangkutan, Encik Anthony Loke, berkata pasukan diketuai KSU MOT, Datuk Jana Santhiran Muniayan, itu akan melibatkan pelbagai pihak berkepentingan untuk merangka dan melaksanakan pendekatan berkesan demi keselamatan pengguna jalan raya.





