JAKARTA: Perhatian seluruh negara tertumpu kepada pentadbiran Presiden Prabowo Subianto dengan pelancaran program bersejarah, ‘Makanan Berkhasiat Percuma’ (MBP) pada 6 Januari.
Program itu bertujuan menangani masalah kekurangan zat makanan dan akan memberi tumpuan kepada pelajar sekolah rendah, sekolah menengah serta ibu hamil, bermula dengan fasa pertama di kawasan padat penduduk di Pulau Jawa.





