Operasi membersihkan minyak dari permukaan perairan sekitar Pulau Bukom, yang dikesan pada 26 Disember, telah selesai, kata Penguasa Kelautan dan Pelabuhan Singapura (MPA), Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA), Lembaga Taman Negara (NParks) dan Perbadanan Pembangunan Sentosa (SDC) dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan pada 28 Disember.
Minyak yang mengalir ke laut menerusi saluran mengeluarkan air penyejuk tidak lagi dilihat, selepas syarikat...





