Menjaga golongan orang kurang upaya (PwD) dijangka menjadi lebih mencabar apabila usia penjaga meningkat dan rancangan jangka panjang diperlukan, terutama dalam masyarakat yang kian menua seperti di Singapura, kata ahli akademik, pekerja sosial dan pihak berkepentingan lain.
Ini termasuk menyediakan wasiat penjaga, merancang sokongan sosial serta mengutamakan jagaan perubatan bagi kededua penjaga dan PwD, kata mereka.





