KUALA LUMPUR: Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman menjalankan Op Lancar mulai 23 Disember hingga 2 Januari depan sempena musim perayaan dan cuti akhir tahun persekolahan.
Pengarah JSPT, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, berkata ia bertujuan mengurangkan kesesakan melalui tindakan penyuraian di laluan utama, selain memastikan keselamatan pengguna jalan raya.





