KUALA LUMPUR: Seorang pengawal keselamatan dijatuhi hukuman penjara setahun enam bulan oleh Mahkamah Tinggi di sini pada 19 Disember, selepas mengaku bersalah atas empat tuduhan memiliki buku, lukisan bendera dan video serta menyediakan artikel berkaitan kumpulan ISIS Jun lalu.
Hakim K Muniandy menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhamad Norulaini Supardi, 34 tahun, dan memerintahkan hukuman penjara bagi keempat-empat tuduhan berjalan serentak...





