Di sebalik susuk tubuh Qarizh Fadel Mohammad Fadeli yang kerdil dan sifatnya yang agak pemalu, tersirat semangat juang tinggi bak pahlawan untuk mempertingkatkan kemahirannya dalam seni bela diri Thailand, muay thai.
Berkongsi bersama Berita Harian (BH) melalui satu panggilan telefon, atlet muay thai Singapura berusia tujuh tahun itu berkata dia “tidak sabar untuk berlawan dalam lebih banyak pertarungan” selepas memenangi...





