BAITULMAKDIS/KAHIRAH: Rakyat Israel dan Palestin buat pertama kalinya memberi isyarat terhadap usaha baru untuk mencapai perjanjian gencatan senjata yang akan menghentikan pertempuran di Gaza dan membebaskan tebusan yang masih ditahan di wilayah Palestin.
Menteri Pertahanan Israel, Encik Israel Katz, memberitahu rakan sejawatannya dari Amerika Syarikat, Encik Lloyd Austin, dalam panggilan telefon pada 11 Disember bahawa kini terdapat peluang untuk perjanjian...





