Syarikat katering, Masakan Shaik Sabri Pte Ltd, telah didenda $10,000 oleh mahkamah pada 11 Disember atas kecuaian menjaga keselamatan makanan di bawah Peraturan Kesihatan Awam Sekitaran (Kebersihan Makanan).
Pada April 2023, Kementerian Kesihatan (MOH) dan Agensi Makanan Singapura (SFA) menerima laporan wujud kes gastroenteritis atau flu perut, melibatkan 83 individu selepas mereka makan sajian yang disediakan katerer berlesen SFA itu...





