Umpama mimpi jadi kenyataan, penyanyi yang merupakan anak biduanita Rohana Jalil, Kilafairy, tidak menyangka dipilih sebagai penyanyi wanita yang bakal berkongsi pentas dengan ikon muzik Bollywood terkenal, Udit Narayan, dalam konsert di Malaysia pada 28 Disember.
Kilafairy, atau nama sebenarnya, Syakila Nisha Jangir Khan, 32 tahun, berkata beliau mempunyai banyak sebab untuk teruja dan berbangga selepas dipilih berkongsi satu pentas...





