Seorang warga Singapura berusia 27 tahun yang dituduh dengan sengaja melanggar seorang penunggang basikal hingga mati menggunakan keretanya di Perth pada Mei akan kekal dalam tahanan di Australia.
Ng Jing Kai tampil di Mahkamah Majistret Stirling Gardens pada 11 Disember menerusi pautan video dari Penjara Hakea, satu kemudahan keselamatan maksimum di Canning Vale, Australia Barat.





