KUALA LUMPUR: Fasa pertama perdagangan Tenaga Boleh Diperbaharui (TBB) merentas sempadan dari Malaysia ke Singapura, dengan kapasiti 50 megawatt (MW), akan dimulakan pada Disember ini.
Pembekalan elektrik hijau rentas sempadan yang julung kali diadakan itu adalah hasil pelaksanaan bidaan menerusi Energy Exchange Malaysia (Enegem) pada Jun. Perkara itu dicapai menerusi satu majlis menandatangani Perjanjian Bekalan Tenaga Boleh Diperbaharui (Resa) antara...





