Penduduk GRC Marsiling-Yew Tee berjaya mengumpulkan lebih $600,000 dalam sebulan untuk Yayasan Rahmatan Lil Alamin (RLAF) sebagai sebahagian daripada kempen bantuan kemanusiaannya bagi Gaza.
Menurut hantaran di Facebook oleh Anggota Parlimen (AP) GRC Marsiling-Yew Tee, Encik Zaqy Mohamad, pada 6 Disember, kempen itu yang dipanggil Marsiling-Yew Tee GIVES, telah mengumpulkan sejumlah $600,478.





