Dua penggiat fesyen tradisional setempat melahirkan rasa gembira, bangga dan bersyukur apabila kebaya, pakaian tradisional wanita yang popular di Asia Tenggara, dimasukkan secara rasmi ke dalam senarai warisan budaya tidak ketara dunia.
Pengiktirafan pakaian tradisional wanita Melayu itu dibuat menyusuli pencalonan bersama oleh Singapura, Brunei, Indonesia, Malaysia dan





