Ilmu, pemikiran, sikap dan sumbangan besar Allahyarham Dr Muhammad Ariff Ahmad dalam pemugaran dan pelestarian tamadun Melayu – merangkumi bidang-bidang utama seperti bahasa, kesusasteraan, kebudayaan, sejarah dan pendidikan – perlu dipelajari, diketengahkan dan diteladani.
Demikian ditekankan oleh Anggota Dewan Negara Malaysia, Senator Datuk Seri Profesor Emeritus Dr Awang Sariyan, semasa menyampaikan syarahan perdana pada 30 November 2024 sebagai menghormati legasi...





