Seorang lelaki yang ketagih judi telah menyewa unit gudang di Woodlands bagi pihak seorang lelaki yang didakwa sebagai anggota utama sindiket barangan berkaitan ‘vape’, selepas individu tersebut menawarkan untuk melunaskan hutangnya sekitar $80,000.
Pada April, pihak berkuasa menyerbu gudang itu dan merampas barangan berkaitan ‘vape’ bernilai lebih $5.2 juta, termasuk lebih 156,000 set pelbagai jenis peranti e-rokok dan lebih 252,000...





