Pemasangan sistem rel bagi projek Sistem Transit Laju Johor Bahru-Singapura (RTS Link) dijangka bermula pada hujung 2024 seperti dijadualkan, dengan kemajuan baik dicapai di kedua-dua belah Selat Johor.
Fasa itu akan merangkumi kerja pembinaan landasan dan pemasangan sistem isyarat, komunikasi dan bekalan kuasa tarikan, menurut Penguasa Pengangkutan Darat (LTA), Mass Rapid Transit Corporation Malaysia (MRT Corp) dan RTS Operations (RTSO)...





