KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan sedang menyiasat kejadian tiga kucing yang ditemui mati, dipercayai dibunuh di kediaman pelajar sebuah universiti swasta di Setapak, Kuala Lumpur.
Ketua Polis Wangsa Maju, Penolong Pesuruhjaya Lazim Ismail, berkata pihaknya menerima laporan kejadian yang dipercayai berlaku pada 17 November.





