Setelah lebih setahun berlaku pertempuran antara Israel dengan Hezbollah (Lebanon), akhirnya terlaksana satu gencatan senjata selama 60 hari yang bermula pada 27 November, dengan usaha sama dua kuasa besar, Amerika Syarikat dan Perancis.
Ramai warga dua negara itu, khususnya mereka yang terjejas oleh pertempuran ganas, menarik nafas lega dan mengalu-alukan gencatan senjata yang membolehkan mereka pulang ke tempat kediaman masing-masing.





