KUALA LUMPUR: Seramai 361 individu yang disyaki terbabit kegiatan pemberi pinjaman wang tidak berlesen atau ‘ah long’ telah ditahan dalam operasi khas selama sembilan hari di serata negara bermula 4 November.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf, berkata kesemua suspek ditahan kerana dipercayai terbabit kegiatan ‘ah long’ sama ada secara langsung atau tidak...





