JAKARTA: Pasukan penyelamat Indonesia terus giat menjalankan operasi mencari tujuh individu yang dilaporkan masih hilang, empat hari selepas hujan lebat membadai wilayah Sumatera Utara sehingga menyebabkan banjir dan tanah runtuh yang meragut sekurang-kurangnya 15 nyawa.
Jurucakap agensi bencana, Encik Abdul Muhari, berkata 11 mangsa maut dalam kejadian tanah runtuh di daerah Karo, Padang Lawas dan Tapanuli Selatan, manakala empat lagi...





