LIVERPOOL: Salah mementingkan diri sendiri kerana menyatakan kekecewaannya secara terbuka terhadap kegagalan Liverpool menawarkan kontrak baru kepadanya, kata bekas pemain pertahanan The Reds, Jamie Carragher.
Salah, yang kontraknya akan tamat pada penghujung musim ini, memberitahu wartawan selepas kemenangan Ahad lalu ke atas Southampton bahawa keadaan beliau mungkin “lebih keluar daripada masuk” dan masih belum ditawarkan kontrak baru.





